Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gempa Taiwan : Mangsa Cerita Detik Menyakitkan Terpaksa Tahan Dinding Selama 20 Jam Dari Timpa Kekasih

10 Feb 2016
No Comment

China - Seorang lelaki yang berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan 17 tingkat berikutan gempa bumi di Taiwan baru-baru ini menceritakan bagaimana dia terpaksa menahan dinding selama 20 jam untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya.

Ko Ching-chung berkata, dia memberanikan dirinya untuk menahan serpihan yang jatuh itu supaya ia tidak menimpa kekasihnya apabila gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 4 pagi Sabtu.

Bercakap di katil hospital di Tainan City, Ko menceritakan kembali bagaimana dia berjaya menahan dinding itu sebelum dia meminta maaf, dan jatuh ke atas kekasihnya.


Mr. Ko berkata, selepas 20 jam menahan dinding itu, dia terpaksa memberitahu kekasihnya yang dia tidak mampu bertahan lagi.

"Pada akhirnya, jujur saya katakan, saya sudah berputus asa", kata Ko memberitahu stesen TV FTV sehari selepas dia dan kekasihnya diselamatkan.

"Saya sudah kehabisan tenaga untuk menahan diri saya lagi. Badan saya jatuh ke atas badannya(kekasih).

"Dia berkemungkinan tidak mampu bernafas tidak lama lagi.

"Saya berkata kepadanya, saya terpaksa menghempap atasnya, dan dia berkata kepada saya 'tak mengapa'", kata Ko sebagaimana lapor AFP.


Tidak lama selepas itu, penyelamat terdengar suara kekasih Ko dari runtuhan tersebut dan mereka berdua berjaya diselamatkan.

Ko dan kekasihnya, yang diselamatkan pada Ahad, antara 300 mangsa yang terselamat dari tragedi itu.

Ko berkata lagi, apabila penyelamat berjaya menyelamatkan dirinya, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah berjumpa dengan yang tersayang terutama ibunya, yang menunggu dengan penuh sabar di tapak runtuhan.

Ibu Ko, menggigil ketika dia diberitahu penyelamat bahawa mereka hanya dapat mendegar suara seorang wanita sahaja.


"Saat itu sangat sukar dan menakutkan. Tapi mereka teruskan menggali, selepas itu mereka terdengar suaranya(Ko)

"Pada saat itu saya berasa teramat bersyukur", kata Ibu Ko.

Angka kematian kini telah meningkat kepada 41 orang. Sehingga kini, dipercayai seramai 100 orang masih lagi terperangkap di dalam runtuhan itu.

Sementara itu, pemaju bangunan berkenaan telah ditangkap oleh pihak berkuasa berikutan penemuan tin-tin kosong yang dipercayai digunakan sebagai bahan binaan bangunan tersebut. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "