Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Tidak Cukup Bulan Dicampak Dari Tingkat 18

29 Feb 2016
No Comment

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Penduduk flat Danau Kota, Setapak hari ini dikejutkan dengan kejadian bayi tidak cukup bulan yang dicampak dari tingkat 18 flat berkenaan.

Bayi perempuan terbabit yang dilahirkan kurang dari tujuh bulan, ditemui oleh penduduk kira-kira jam 9 pagi tadi di tepi longkang flat terbabit.

Hasil pemeriksaan mengesahkan bayi terbabit dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih lagi beruri.

Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Wangsa Maju ACP Muhammad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau juga, polis sudah pun menahan seorang suspek wanita berusia 36 tahun sejurus kejadian.

Difahamkan, wanita terbabit ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu dan kini menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit di flat tersebut bersama seorang anak perempuannya yang kini berusia lima tahun.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my






Berita Lanjut Menyusul
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "