Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ayah Dr. Fazley Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

8 Feb 2016


Ayah kepada personaliti popular, Datuk Sr. Fazley Yaakob, Datuk Yaakob Mohammad telah meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Fazley melalui laman Facebooknya, yang turut memohon maaf sekira ayahnya ada melakukan kesilapan ketika hayatnya.

‎"Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

"Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini", katanya di dalam posting tersebut.

"Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau (ayah), sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga."

"Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "