Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dikejarkan Ke Hospital Selepas 'Diserang' Ikan Duri

10 Jan 2016
No Comment

Sao Paula - Seorang wanita dikejarkan ke hospital setelah dia diserang oleh seekor ikan duri.

Pekerja ambulan yang terlibat mengambil gambar kejadian pelik itu yang memaparkan bagaimana ikan tersebut terlekat di perut wanita berkenaan ketika membawa mangsa ke hospital untuk membuang objek tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut sedang berenang di pusat peranginan Itanhaem di Sao Paulo ketika kejadian berlaku.

Salah seorang pekerja ambulan, Marcelo Araujo menulis di Facebooknya : "Satu kejadian yang jarang berlaku. Seorang perenang di serang seekor ikan".

Tambahnya : "Kami menerima laporan kejadian dimana satu objek telah menembusi badan seorang perenang dan apabila kami sampai di tempat kejadian, kami medapati ianya seekor ikan.

Difahamkan, wanita itu dikejarkan ke hospital setelah penyelamat tidak berupaya membuang tulang belakang ikan tersebut yang bergerigi.

"Dia (perenang) berada dalam kesakitan. Kami tidak boleh membuang tulang belakang (ikan) yang tersekat kerana hanya doktor boleh melakukannya. Kami membawanya ke hospital untuk pembedahan mikro."



Marcelo Araujo berkata, dia banyak menerima pesakit yang dicederakan oleh ikan, tetapi untuk kes ikan terlekat di perut, ini kali pertama. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "