Menjadi perbualan hangat di media sosial hari ini apabila media melaporkan kesediaan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan dua syarat ditetapkan.
Namun syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd iaitu Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna rasmi produk Qu Puteh, iaitu warna merah jambu dan nama pasukan itu perlu ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors menjadi bahan jenaka kebanyakkan netizen.
Disebalik menjadikan bahan jenaka berkenaan ada juga mereka yang menyokong syarat yang diletakkan oleh Datuk Vida tersebut.
Ada juga netizen yang mempertikaikan syarat yang diberikan tersebut kerana bagi mereka bola sepak adalah sesuatu yang berbeza dengan hiburan yang pernah Datuk Vida taja.
Syarat Qu Puteh melampau utk bg tajaan kpd TRW? As expected, dia bukan ada passion bola pun. Mmg nk fully utilize publicity branding dia je.
— z u l f o ® (@thezulfo) January 1, 2016
adab berniaga lah mesti dia pun nak jual produk sambil2 taja TRW tapi mungkin nama Pamoga Qu Puteh TRW terlalu over😕
— Rashafizzuddin (@RashaCheRasdi) January 1, 2016
Stadium cat kaler pink, nama tukar jadi Pamoga Qu Puteh TRW. Lawak tahun baru ke apa ni?
— Mieyor_ (@MieyorEjoey) January 1, 2016
Pamoga Qu Puteh Kelantan FC? Moga TSAM terus tabah.
— Eyjafjallajökull (@MuazFadhli) January 1, 2016
- Siakapkeli.my