Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas KPN Komen Kes Zulkifli - Tindakan Pertahan Diri 'Tak Boleh Lebihi Had'

1 Jan 2016


KUALA LUMPUR: Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa jika 'seseorang merompak kita, tidak bermakna kita boleh membunuhnya', berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan.

Hari ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa sesuatu tindakan yang mahu diambil apabila berdepan dengan ancaman dan bahaya, ia 'tidak boleh melebihi had'.

Hal itu jelas dinyatakan di dalam Seksyen 99 Kanun Keseksaan dan semua pihak perlu memahaminya dengan sebaik mungkin agar dapat mengelakkan salah faham dalam sabitan kes itu.

"Hak mempertahankan diri adalah satu 'defence' (pertahanan) di dalam mahkamah. Bagaimanapun, mahkamah yang akan menentukan sama ada hak itu wujud atau tidak. Bukan polis (tentukan hak). Tetapi dalam soal mempertahankan diri, pertamanya kita tidak boleh ambil tindakan yang melebihi had.
"Jika perompak pecah masuk ke rumah kita, namun tanpa senjata, kita tidak boleh bunuh mereka. Jika perompak ada senjata, tak apa (jika nyawanya juga terancam), yang perompak itu nak bunuh dia.
"Tetapi jika nyawa tidak terancam dia tidak boleh bunuh, walaupun itu hak mempertahankan diri," demikian memetik Antarapos, hari ini.

Musa berkata Zulkifli mempunyai peluang untuk menjelaskan tindakan mempertahankan dirinya itu di mahkamah kelak, sebelum 'hak' itu ditentukan oleh mahkamah.

Mohamad Zulkifli Ismail sebelum ini didakwa di mahkamah kerana membunuh perompak yang cuba merompak rumahnya di Kerteh, Terengganu.

Zulkifli direman 14 hari di bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat. Beberapa hari lalu beliau dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000. 
Namun baru-baru ini kes Zulkifli ditukar dan kini disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "