Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sewaktu Mak Baca Surat Ini, Saya Sudah Pergi Bertapa Di Gunung Ledang

1 Jan 2016
No Comment

Simpang Renggam: Seorang ayah menyatakan kerisauannya selepas menyedari anakknya telah menghilangkan diri dengan meninggalkan sekeping nota dijumpainya di kediaman mereka di Kampung Batu 7, Blok 3 pada 28 Disember lalu.

 “Assalamualaikum, sewaktu mak sedang baca surat ini, Angah dah tiada di Simpang Renggam, Angah sudah berada di Gunung Ledang untuk bertapa,”  itu adalah sedikit petikan apa yang tulis oleh anaknya di dalam nota berkenaan.

Ibrahim Abd Jamel, 61, berkata, anaknya, Mohd Azhan, 18, dipercayai keluar dari pintu dapur tanpa disedari oleh sesiapa kira-kira jam 7.30 pagi di mana sebelum ini anak-anaknya yang lain berada  di dalam bilik mereka manakala isterinya, Siti Hawa M Said, 46, berada di dalam bilik mandi.

Ibrahim dan isteri pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa namun selepas menjelang senja anak kedua dari lima adik beradik itu tidak pulang, apatah lagi telefonnya ditutup dan tidak boleh dihubungi.

“Sebaik memeriksa bilik Azhan, kami terkejut apabila mendapati sepucuk surat yang diletak di atas meja kecil menyatakan dia berhasrat mencari ketenangan dengan bertapa di Gunung Ledang.

“Lebih menghairankan di dalam surat itu, dia meminta kami tidak khuatir makan minum dan kehilangannya hanya sebulan sambil mengatakan meminta maaf lebih senang daripada minta izin,” katanya dipetik Harian Metro.

Dia yakin anaknya dibawa pihak tertentu kerana tidak mungkin dia boleh bertindak keluar sehelai Ibrahim di talian 014-6171992 atau bali polis berhampiran.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan keluarga remaja terbabit dan siasatan sedang dijalankan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "