Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anggota TLDM Ditahan Cuba Cabul Rakan Setugas

1 Jan 2016
No Comment


LUMUT: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berusia 21 tahun ditahan apabila dia dsyaki cuba mencabul kehormatan rakan setugasnya di sebuah stor di Pangkalan TLDM semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim, mangsa yang berumur 30-an itu dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat kerjanya sebelum pintu stor tersebut diketuk dari luar oleh suspek.

"Mangsa yang sedang bertugas kemudiannya membuka pintu berkenaan dan terkejut kerana lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk di bahagian kepala mangsa sebelum menolak mangsa sehingga kepala mangsa terkena almari.

"Suspek kemudiannya menindih badan mangsa. Mangsa cuba menjerit namun mulutnya ditutup dengan tangan suspek, mangsa kemudiannya menggigit jari suspek sebelum menolak suspek dan melarikan diri sebelum dibantu seorang rakan setugasnya yang lain," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada keesokan harinya iaitu pada Khamis pada jam 4 petang.

"Suspek kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan TLDM sebelum ditahan pihak polis kira-kira pukul 10 malam tadi untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Ketika ditahan, suspek mempunyai kecederaan di bahagian ibu jari tangan kanan dipercayai akibat digigit dan kesan calar di bawah bibir kanan," katanya.  - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "