Qu Puteh Hanya Taja 50 Peratus, KAFA Masih Cari Penaja Yang Lain
Vida Beauty Sdn Bhd hanya menaja sebanyak 50 hingga 60 peratus daripada keseluruhan peruntukan yang diperlukan The Red Warrior.
Sehubungan itu, menurut Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa penyokong bola sepak negeri itu diingatkan tidak lalai dengan publisiti yang diberikan ke atas pasukan itu sejak akhir-akhir ini.
“Mengendalikan pasukan di Liga Super tersangat berat dan sukar. Kita bersyukur dengan keberhasilan usaha setakat ini. Namun jangan mudah tenggelam dalam publisiti yang kadangkala meliar dan tersasar dari realiti.
“Penajaan setakat ini baru 50 hingga 60 peratus bajet kita (KAFA). Itu pun belum menjadi realiti sepenuhnya dan wang sebenar belum diterima,” ujarnya.
Malah KAFA akan mencari baki sebanyak 40 peratus lagi dana untuk menampung pasukan negeri itu.
Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Vida pada Jumaat lalu bersama KAFA mencapai kata sepakat untuk menjadi penaja The Red Warriors, dengan pengurusan pasukan itu menerima dua syarat awal iaitu menukar cat Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu dan nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors. -Siakapkeli.my