Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Kesal Dua Rakyat Malaysia Terlibat Sebagai Pengebom Berani Mati Di Iraq Dan Syria

12 Jan 2016




Terkejut dengan penglibatan dua rakyat Malaysia dalam serangan berani mati di Iraq dan Syria, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima dalam Islam, apatah lagi Malaysia yang memerangi keganasan.

Tindakan dua rakyat Malaysia itu menyebabkan lebih 30 nyawa terkorban pada kejadian minggu lalu.

"Kami akan berusaha untuk mengetahui bagaimana dan mengapa kedua-dua anak muda ini sanggup melakukan perbuatan kejam ini, dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan orang lain daripada berbuat demikian pada masa depan," demikian memetik catatan Najib di laman Facebooknya.

Penyerang berani mati tersebut, Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26 yang berasal dari Terengganu meletupkan dirinya ketika berada di dalam sebuah kereta sewaktu berlaku pertempuran di Raqqa, Syria antara kumpulan pengganas Islamic State (IS) apda 29 Disember lalu.

Manakala Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31 pula antara tujuh pengebom berani mati yang terlibat dalam kejadian di pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, utara Baghdad, Iraq pada 3 Januari lalu. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "