Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muatnaik Video Berseluar Dalam, Arja Lee Dakwa Akaun Instagramnya Digodam

20 Jan 2016

Pelakon Arja Lee mengakui laman Instagramnya digodam oleh pihak yang bertanggungjawab, selepas tersebarnya satu video di laman sosial tersebut memaparkan beliau dalam keadaan memakai t-shirt dan berseluar dalam sambil menimbang bola.


"Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang daripada makan malam dan dia menyedari hal tersebut ketika sudah pun berada di rumah.

"Arja cuba membuang video tersebut, namun malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak tertentu," demikian menurut pengurus Arja, Lim Ramli sebagaimana memetik mStar hari ini.

Video selama 15 saat itu yang dipercayai dirakam di dalam sebuah rumah mendapat 2,000 likes dan lebih dari 1,500 komen daripada pengikutnya.

Rata-rata meninggalkan kritikan terhadap pelakon itu dan mahu beliau segera memadamkannya.

Arja dikatakan sudah membuat laporan polis pada jam 2.30 pagi tadi.

"Saya minta maaf kerana Arja belum sedia untuk bercakap dengan media. Dia dalam keadaan tertekan dan terkejut dengan perkara ini.

"Insya-Allah dia akan buka mulut bila semuanya sudah selesai," katanya. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "