Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Merajuk Dengan Selangor, Datuk Aliff Syukri Intai Peluang Taja Kedah

20 Jan 2016



Pasukan bola sepak Kedah menjadi pilihan kedua Datuk Aliff Syukri Kamarzaman selepas 'pinangan' beliau untuk pasukan Selangor menemui jalan buntu.

Pemilik syarikat kosmetik dan kecantikan D'Herbs itu kini dikatakan sedang mencari masa yang sesuai untuk mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Datuk Aliff dan Datuk Seri Mukhriz sedang mencari masa yang sesuai untuk adakan pertemuan. Usahawan itu berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat yang akan diletakkan pasukan Kedah," demikian memetik sumber jutawan kosmetik itu.

Terdahulu naib juari Piala Malaysia itu dikatakan memohon penajaan daripada D'Herbs.

Sementara itu Aliff, sebagaimana memetik mStar berkata beliau terbuka dengan mana-mana pihak yang mahu mendapatkan tajaan bola sepak bagi musim ini.

 "Saya lebih suka untuk berbincang terlebih dahulu. Lebih baik berunding dan tahu apa yang kedua-dua pihak inginkan.

"Tak elok nak heboh awal-awal. Saya tak nak cetuskan kontroversi. Bila sampai masanya nanti saya sendiri akan umumkan kepada media," katanya.

Sebelum ini Aliff juga dikatakan membuat rundingan penajaan bersama pasukan Pahang dan Terengganu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "