Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

LaFerrari TMJ Bewarna Ungu Milik TMJ Yang Sungguh Menawan

28 Jan 2016
No Comment

Seperti yang ramai ketahui keluarga Kerabat Di Raja Johor memang terkenal memiliki kenderaan yang mewah dan hebat.

Semalam, Tungku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah memuatnaik gambar keretanya yang sungguh menawan hati setiap lelaki malahan wanita di mana Tunku telah berangkat mengunjungi Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menggunakan LaFerrari berwarna ungu yang sungguh "Superb".

Menerusi foto berkenaan, Yang Teramat Mulia Tuanku telah memandu sendiri jentera berkenaan yang hanya ada 499 unit di dunia. LaFerrari ini dijana oleh enjin 6.3 liter V12 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 789 hp pada 9,000 rpm dan tork 700 Nm pada 6,750 Nm.






Kenderaan mewah LaFerrari ini turut dilengkapi dengan cakera karbon seramik Brembo pada bahagian hadapan (398 mm) dan belakang (380 mm) dimana ianya dipadankan dengan suspensi double wishbone pada bahagian hadapan dan multi-link di belakang.

Selain itu, bagi memantapkan lagi pengendaliannya, iai turut didatangkan dengan tayar Pirelli P Zero Corsa 265/30 R19 di hadapan dan 345/30R20 di belakang.

Bagi setiap pembelian LaFerrari ini, pembeli boleh menyertai Ferrari Personalisation Programme, bagi mendapatkan lebih banyak pilihan pengkhususan (customisation).

Seperti LaFerrari milik TMJ ini, ia diwarnakan dengan bayangan ungu gelap, dipadankan bersama warna hitam pada bahagian bumbung dan roda, bukannya warna klasik Rossa Corsa seperti kebiasaannya.

Berikut adalah pandangan penuh luar dalam LaFerrari.











- Siakapkeli.my

Rujukan: paultan.org
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "