Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fasha Sandha Dan Jejai Sah Bercerai Talak Satu

20 Jan 2016
No Comment

Hubungan rumah tangga pelakon Nur Fasha Sandha binti Hassan, 32 atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli, 40, hari ini telah terlerai selepas disahkan mereka bercerai talak satu.

Jejai dilaporkan telah melafazkan cerai terhadap Fasha di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, penceraiaan talak satu yang dilafazkan oleh Jejai berkenaan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang.

Fasha pada Isnin lalu telah menfailkan tuntutan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada  27 April 2012 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "