Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas OKU Hanya Mampu Raih Simpati Demi Jaga Anak Sedang Sakit

10 Dis 2015
No Comment

Demi mencari sesuap nasi menyara dirinya dan anak yang sakit seorang warga emas yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) hanya mampu untuk cuba mendapatkan simpati orang ramai.

Ini kerana kerana usianya yang sudah lanjut sehingga membongkok apabila cuba bangun berjalan membuatkan beliau sudah susah untuk diterima bekerja dengan sesiapa sahaja.

Kisah nenek Aminah ini, telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Zana Suzanna apabila beliau terjumpa nenek Aminah di kaki lima Tesco Extra Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menurut Zana, beliau rasa begitu tersentuh melihat keadaan nenek Aminah yang sememangnya memerlukan bantuan. Semasa terjumpa Nenek Aminah, beliau bertanyakan apa yang boleh dibantu dan nenek Aminah kata hanya perlukan duit untuk membeli makanan.



Dia tanpa rasa ragu-ragu terus menghulurkan sedikit duit dan dan sebotol air untuk diminum oleh nenek Aminah.

Menurut Zana lagi, nenek Aminah turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat zakat tetapi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan barang dapur.

Beliau menetap bersama anaknya yang sedang sakit  di Pangsapuri Ampang Jajar kerana suaminya telah meninggal.

Zana menyeru rakyat Malaysia yang prihatin membantu nenek berkenaan jika terjumpanya di sekitar Seberang Jaya dan mendoakan kesihatan nenek Aminah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "