Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Penumpang Cemas, Pesawat Qatar Airways Tiba-Tiba Berhenti Mengejut Semasa Hendak Berlepas

15 Dis 2015
No Comment


NEW YORK: Penerbangan sulung Airbus A350 milik Qatar Airways di Amerika Syarikat yang sepatutnya menjadi acara khusus untuk petugas media bagi mempromosikan syarikat penerbangan berkenaan telah bertukar kepada kejadian sedikit mencemaskan.

Ini kerana, ketika pesawat khas yang membawa 36 penumpang yang terdiri dari petugas media berkenaan yang sedang bergerak untuk berlepas dari New York ke Doha itu tiba-tiba berhenti secara mengejut.

Kejadian berkenaan berjaya dirakam oleh pengarang laman web pelancongan thepointsguy.com Zach Honig, yang turut membuat liputan media dalam penerbangan pertama tersebut.


Menceritakan detik ketika kejadian berkenaan, Honig memberitahu pesawat sudah sudah mula memecut untuk berlepas di landasan lapangan terbang antarabangsa John F. Kennedy di New York namun terus berhenti sebelum bunyi kuat turut kedengaran.

Kejadian tersebut menyebabkan semua bantal dan selimut yang tersusun rapi di atas tempat duduk penumpang semua terjatuh ke lantai.


Namun tiada penumpang dilaporkan cedera walaupun mereka sedikit ketakutan dengan insiden itu.

Menurut jurucakap syarikat Qatar Airways, punca tersawat tiba-tiba berhenti mengejut adalah kerana penerbangan itu menerima isyarat landasan terlalu pendek dan pesawat membrek secara automatik.

Bagaimanapun pernerbangan telah diteruskan semula dengan menggunakan landasan lain yang lebih panjang.


Airbus A350 merupakan pesawat termaju di mana pesawat model A350-900s dikuasakan dengan dua enjin Rolls Royce Trent XWB-84.

Setakat November 2015, hanya Qatar Airways, Vietnam Airlines dan Finnair menggunakan perkhidmatan pesawat jenis Airbus A350. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "