Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Kaki Kanak-Kanak Tersepit Tangga Eskalator Di Johor

14 Dis 2015
No Comment

Nampaknya kejadian kemalangan melibatkan tangga eskalator semakin kerap berlaku selepas kejadian yang menggemparkan berlaku di China yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Semalam, satu kejadian terbaru melibatkan eskalator berlaku di hentian Rehat Dan Rawat (RnR) Pagoh, Johor apabila seorang kanak-kanak lelaki kakinya telah tersepit di tangga eskalator.

Kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira jam 9.20 malam itu menyebabkan orang ramai mula berkerumun.



Menurut seorang saksi bernama Shahrul Hisham, selepas kaki kanak-kanak itu tersepit, eskalator secara automatik telah terhenti.

"Kanak-kanak itu menangis menahan kesakitan sambil dipeluk oleh bapanya, saya rasa ngilu dan alhamdulillah dia selamat," katanya.

Pegawai Kanan 2 Bomba Dan penyelamat Muar, Idris Bin Ali mengesahkan kejadian ini, menurut beliau yang mengetuai operasi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9:34 malam dan terus bergegas ke tempa kejadian.

Mereka yang sampai ke RnR Pagoh kira-kira setengah jam terus cuba melepaskan kaki kanak-kanak berkenaan.



"Kami mengambil masa agak lama iaitu kira-kira setengah jam lebih untuk mengeluarkan kaki mangsa kerana terlalu bahagian tangga yang perlu dibuka dan kerja dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan," katanya ketika dihububungi oleh Siakapkeli.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederan yang serius dimana tiga jarinya dipercayai patah dan kini dirawat di hospital Muar. - Siakapkeli.my



#Allahhuakhbar....#budaktersepitesclatorKejadian di rnr pagoh...Terima kasih bomba n semua yg mmbantu....
Posted by Hasbullah Hamid on Sunday, December 13, 2015



ahkirnye brjaya abg2 bomba selamat kan budak lelaki trsepit kaki di excolator RnR pagoh.. tp menjerit kesakitan budak tu, seram dengar, meremang bulu roma.. tp alhamdulilah tak teruk cededa kaki budak tu..
Posted by Affendi Muksin on Sunday, December 13, 2015

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "