Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tambang Baharu Bagi Kanak-Kanak 7 Tahun Keatas : KTMB Dihentam Pengguna

10 Dis 2015


KUALA LUMPUR - Susulan kemaskini terbaru harga tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi kanak-kanak berumur 7 tahun dan keatas, tindakan syarikat tersebut mendapat kritikan yang hebat dari pengguna.

Pengumuman harga terbaru itu dibuat oleh KTMB menerusi akaun Twitter milik mereka yang mana menyatakan kanak-kanak berusia 7 tahun dan ke atas akan dicaj harga yang sama seperti tiket orang dewasa berkuat kuasa 2 Disember lalu.



Syarat baru tiket komuter untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah adalah percuma. Usia dua hingga enam tahun diskaun 50 peratus.

Diskaun 50 peratus diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Syarat kelayakan memakai seragam sekolah, ko-kurikulum atau asrama,” tulis KTMB.


KTMB juga turut menjelaskan struktur tambang baru itu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan ia juga turut dipersetujui oleh kabinet.

Sebelum ini, kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dikenakan bayaran separuh dari harga tiket dewasa.

Bagaimanapun, penafsiran KTMB terhadap perkataan "dewasa" itu mendapat kritikan dari pengguna sehingga ada yang menuduh KTMB mahu mengaut keuntungan.

Antara kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh pengguna :








Sementara itu, menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, sistem pengkelasan yang digunakan KTMB tidak relevan dan akan membebankan lagi orang awam.

Peningkatan tambang daripada 11 sen kepada 15 sen sekilometer sebelum ini pun Fomca rasakan sudah terlalu tinggi dan apabila mengenakan tambang dewasa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas tidak wajar sama sekali.

Ramai pelajar menggunakan komuter sebagai pengangkutan harian untuk ke sekolah dan sekiranya pengangkutan awam lain boleh mengekalkan separuh harga kepada kanak-kanak mengapa KTMB tidak boleh berbuat demikian,” soalnya.  - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "