Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Salah Faham Maksud KimK, Individu Yang Dihentam Fazura Akhirnya Bersuara

5 Dis 2015


Sejak tiga hari lalu, kontroversi membabitkan Fazura dan seorang wanita yang juga merupakan pengikutnya di laman Instagram menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai selepas selebriti itu tersalah anggap dengan maksud komen yang ditinggalkan.



Memetik mStar, wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Vii Narza akhirnya membuka mulut dan menjelaskan tidak ada niat langsung untuk mencerca Fazura.

"Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.

"Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik," katanya.

Terdahulu Fazura telah memuatnaik satu gambar yang memaparkan dirinya dan beberapa orang rakannnya, dan Vii Narza telah meninggalkan satu komen yang menyamakan rakan artis itu dengan Kim Kardashian, atau singkatan sebagai KimK.

Fazura bagaimanapun salah faham dan segera memuatnaik satu lagi posting dengan meluahkan rasa berangnya dengan perkataan KimK yang dirasakan seperti mencarut, selain menyebut tentang imej tudung Vii Narza.



Artis itu juga dilaporkan membuat laporan polis dan ia menimbulkan lagi kritikan orang ramai terhadap Fazura.

Vii Narza juga menyerahkan sepenuhnya kepada Fazura sama ada untuk berjumpa atau sebaliknya dalam usaha menjernihkan kekeruhan itu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "