Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peniaga Di China Hadiahkan iPhone 6s Kepada 39 Rakan Sekelasnya

23 Dis 2015




Sahabat yang paling pemurah. Itu yang boleh digambarkan kepada seornag lelaki China, yang dikenali sebagai Zhang apabila menghadiahkan iPhone 6S kepada 39 bekas rakan sekelasnya.

Zhang, yang menganjurkan majlis makan malam untuk kesemua rakan-rakannya itu bertindak mengagihkan gajet tersebut ketika mereka semua sedang menjamu hidangan.

Kesemua iPhone 6s itu bewarna emas dan ditempah khas dengan tulisan di belakangnya tercatat 'Sebagai memperingati kelas 1998 Sekolah Rendah Beilun Sanshan'.

Rakan-rakannya menyifatkan Zhang, yang berusia awal 30-an itu sebagai seorang yang baik hati.

"Dia bukannya nak menunjuk-nunjuk kekayaannya tetapi sekarang bersikap pemurah kerana dia seorang yang baik dan menghargai persahabatan kami," kata salah seorang rakannya.

Terharu dengan pemberian itu, beberapa rakannya memuatnaik gambar pemberian itu di laman Weibo. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "