Nak Donut Murah? Abang Ini Jual Dengan Harga RM0.10 Sahaja!
Sedang rancak dikongsikan pelayar media sosial adalah kisah seorang lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen yang menjual donut di Flat Maluri, Cheras.
Lebih mengejutkan dia hanya menjual kuih tersebut dengan harga RM0.10 sahaja, satu harga yang mungkin mustahil untuk kita perolehi di waktu ini, apatah lagi di kawasan-kawasan bandar besar.
Ramai menyifatkan Muhammad Waliuddin sebagai seorang yang sangat pemurah dan baik hati.
Sebelum ini beliau dikatakan pernah bekerja di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.
Lelaki ini juga disifatkan mereka yang mengenalinya sebagai seorang yang sentiasa tersenyum dan sering ke masjid untuk solat berjemaah. -Siakapkeli.my