Marsha Tak Mahu Komen Isu Peluk Islam, Mahu Ruang Peribadinya Sendiri
Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh enggan mengulas lanjut tentang khabar angin bahawa dia telah memeluk agama Islam.
Ujarnya kepada peminat, mahu privasinya sebagai individu dihormati oleh semua pihak.
"Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya.
“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” ujarnya memetik laporan Kosmo!.
Marsha berbuat demikian kerana percaya sukar untuk pihak luar memahami apa yang dilaluinya ketika ini. -Siakapkeli.my