Lima Warga Korea Selatan Ditahan Buat "Upacara Menghalau Hantu" Hingga Maut
Jerman, 10 Dis - Polis Jerman telah menahan lima saudara kepada seorang wanita warga Korea Selatan, yang dilaporkan mati di dalam satu upacara menghalau hantu.
Mangsa, 41, ditemui mati di sebuah bilik hotel di Frankrut dalam keadaan mulut disumbat dan kesan lebam akibat dipukul.
Ketua pendakwa raya Nadja Niesen berkata mereka yang terlibat mahu mengeluarkan seekor hantu yang mereka percaya telah merasuk mangsa.
Antara lima yang ditahan adalah anak kepada mangsa yang berusia 15 tahun yang dipercayai turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut.
Empat yang lain yang ditahan termasuklah seorang wanita berumur 44 tahun bersama anaknya yang berumur 21 tahun serta anak perempuan 19 tahun. Selain itu, seorang lagi remaja lelaki berumur 15 tahun ditahan.
Mangsa ditemui dengan kesan lebam di dada dan perut. Sehelai kain dan bersama alatan lain turut ditemui digunakan untuk disumbat ke dalam mulut mangsa.
Pendakwaraya berkata wanita tersebut disiksa selama sekurang-kurangnya dua jam.
"Saya tak pernah jumpa kes seumpama ini", katanya.
Mangsa disahkan mati kerana sesak nafas akibat mampatan yang teruk di kawasan dada.
Siasatan tersebut juga membawa pihak polis kepada seorang lagi mangsa, juga seorang wanita, yang dijumpai di sebuah rumah yang disewa oleh kumpulan tersebut di bandar Sulzbach. Wanita itu dijumpai dalam keadaan cedera parah dan dehidrasi. - Siakapkeli.my