Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Pelakon Australia Culik Anak : Polis Akan Siasat

11 Dis 2015
No Comment


KUALA LUMPUR, 11 Dis: Siasatan akan dijalankan oleh pihk apolis berikutan kes seorang pelakon wanita Australia, Eliza Szonert, yang didakwa melarikan anak lelaki dari bekas suaminya, Ashley Crick dalam kejadian di sebuah restoran di sini pada Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, satu laporan polis telah dibuat oleh Crick berhubung kejadian di Balai Polis Brickfields malam tadi.

"Saya percaya kes ini lebih menjurus kepada konflik keluarga yang dialami mereka...polis akan mengesan Eliza Szonert dan seterusnya mengambil keterangan daripada beliau," katanya hari ini sebagaimana memetik laporan Bernama.

Sebelum ini, portal The Sydney Morning Herald mendedahkan Szonert yang ditemani dua orang lelaki ke sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah di sini untuk menerima Crick sebelum melarikan anak lelakinya.

Laporan tersebut turut mengatakan Szonert datang ke Malaysia bersama anaknya untuk tinggal bersama dengan Crick; yang tinggal dan bekerja di sini; sebelum berlakunya pertelingkahan antara mereka berdua. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "