Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerjasama Umno-PAS: MIC Tidak Menentang

20 Dis 2015





KUALA LUMPUR: Berbeza dengan MCA, MIC mengambil pendirian untuk tidak menentang kerjasama antara Umno dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Hal itu ditegaskan oleh Presidennya, Datuk Seri S. Subramaniam hari ini.

"Kerjasama antara Umno dan PAS tidak tidak akan menjejaskan hubungan di kalangan parti komponen BN pada masa ini kerana kita mempunyai dasar tersendiri," katanya memetik mStar.

Subramaniam bagaimanapun menambah partinya melihat lanjut keadaan semasa membabitkan dua parti berkenaan.

Sebelum ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu PAS menggugurkan agenda hududnya terlebih dahulu sekiranya mahu menyertai BN.

Namun parti itu mengambil sikap berhati-hati dan memantau kerjasama berkenaan. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "