Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerana Tutup Aurat, Jururawat Dakwa Didiskriminasi Oleh Sebuah Hospital Swasta

4 Dis 2015
No Comment

Kuala Lumpur: Gara-gara memakai baju seragam lengan panjang dan tudung ketika menjalakna tugas beliau sebagai jururawat, seorang wanita dinasihatkan berhenti kerja oleh pihak pengurusan hospital swasta di bandar ini.

Menurutnya lagi, dia bukan sahaja dinasihatkan berhenti kerja sebaliknya sijil Perakuan Amalan Tahunan(APC) milik Naziah Sauni Samat, 24, yang membolehkan dia bekerja di hospital atau klinik turut digantung menyebabkannya sukar mendapat pekerjaan lain.

"Saya bersama seorang lagi rakan perlu memotong lengan baju supaya lebih pendek malah tindakan memakai stoking tangan turut dilarang kerana dibimbangi boleh menyebabkan tersebarnya kuman melalui sentuhan.

"Saya diberi pelbagai tekanan oleh pihak pengurusan hospital itu iaitu tidak membenarkan saya melakukan sebarang pekerjaan selain turut dimaki hanya kerana mahu menutup aurat," katanya dipetik laporan Harian Metro dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, pagi tadi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "