Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Imam Baru Balik Solat Subuh Maut Dilanggar Lari Di Lampu Isyarat

14 Dis 2015
No Comment

Bukit Mertajam: Seorang imam yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat subuh di surau maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di persimpangan lampu isyarat, Simpang Tiga Kubang Ulu, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi berkenaan,mangsa Tuan Haji Chee Saad Mat Aisa, 67, dikatakan melalui kawasan lampu isyarat  di simpang tiga Tiga Kubang tersebut.

"Bagaimanapun ketika berada di persimpangan lampu isyarat yang sedang hijau beliau telah bergerak tetapi tiba-tiba sebuah kereta jenis proton wira telah merempuh motosikal mangsa sebelum pemandunya dikatakan melarikan diri," kata saksi

Pemandu kereta berkenaan telah meninggalkan keretanya dilokasi kejadian.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "