Gagal Ujian Doping : Sazali Digantung Empat Tahun
Kuala Lumpur, 21 Dis - Atlit sukan bina badan negara, Sazali Samad dikenakan hukuman gantung selama empat tahun selepas gagal ujian doping.
Sazali gagal dalam ujian rawak yang dilakukan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia pada 1 September lalu.
Sazali dijadualkan bertanding pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-49 di Taskent, Uzbekistan bermula dari 29 September hingga 5 Oktober lalu.
Sazali digantung bermula pada 22 September dimana tarikh keputusan itu diketahui. - Siakapkeli.my