Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Beradik Maut Dipercayai Disembelih Ibu

1 Dis 2015


Sungai Petani, 1 Dis: Dua adik beradik lelaki yang masing-masing berusia tiga dan lima tahun maut dipercayai disembelih oleh ibunya sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani di sini petang tadi.

Portal berita Harian Metro melaporkan dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu ditemui di dalam dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah.

Kedua kanak-kanak terbabit dipercayai disembelih oleh ibu mereka sendiri dengan pisau.

Menurut jurucakap polis, kejadian dilaporkan oleh ahli keluarga lain yang menyedari kejadian.

Polis yang datang tidak lama kemudian menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,” katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "