Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Penjual Pisang Tampil Dedah Cerita Sebelahnya

4 Dis 2015

PETALING JAYA: Susulan video seorang anak penjual pisang mengamuk yang sebelum ini viral di media sosial, lelaki tersebut yang menggunakan nama Facebook Roslan Alan akhirnya tampil menceritakan kejadian di Facebook miliknya.

Roslan berkata dia tidak mampu mengawal emosinya apabila melihat tengkuk ayahnya, seorang penjual pisang, dipaut oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Menceritakan kejadian, Roslan berkata semuanya bermula apabila penguatkuasa MPSP mahu merampas peralatan berniaga dan pisang ayahnya.

Saya memang tak boleh kawal emosi lagi bila tengok penguatkuasa itu paut tengkok ayah saya. Ayah saya pula ada penyakit lelah (susah nafas),” tulisnya.


Kata Roslan juga, dia dan keluarga merasa sangat sedih dengan kejadian tersebut dan menyifatkan tindakan dari penguatkuasa tersebut sebagai zalim dan jahil.

Roslan berkata, tauke hotel yang memilik tapak dimana ayahnya meniaga membenarkan mereka menjalankan perniagaan menjual pisang.

Menurut Roslan juga, ayahnya menjual pisang untuk mencari duit bagi menampung perbelanjaan menunaikan umrah.

Selain itu Roslan juga mempersoalkan tindakan anggota MPSP yang tidak mengenakan tindakan yang sama terhadap beberapa peniaga lain yang turut berniaga secara kecil-kecilan di kawasan parking kereta.

Menurut Roslan, ayahnya ada mendaftar sebagai penjaja dengan pihak berkuasa tempatan namun sehingga hari ini masih tidak mendapat sebarang jawapan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "