VIDEO: Seorang Wanita Muslim Nyaris Maut Ditolak Lelaki Tidak Dikenali
Tanpa sebarang sebab, seorang wanita Muslim yang sedang menunggu ketibaan kereta api di stesen Piccadilly ditolak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Kejadian yang berlaku di London itu hampir meragut nyawa wanita berkenaan apabila dia ditolak sebaik sahaja sebuah gerabak kereta api melalui stesen berkenaan.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup, wanita itu hanya jatuh tersungkur dan segera diselamatkan oleh orang ramai. Suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut dan didakwa atas cubaan membunuh.
Rakaman tersebut mula viral di kalangan netizen yang mengutuk kejadian itu dan mengaitkannya dengan unsur homofobia yang kini melanda negara berkenaan. -Siakapkeli.my