Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) ADUN PKR Menangis, Dakwa Rakyat Di Kawasannya Diabaikan Kerajaan Pulau Pinang

20 Nov 2015
No Comment

Kerana sedih dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwanya mengabaikan pembagunan di kawasan yang diwakilinya, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti tidak dapat menahan perasaan selepas menangis di dalam dewan DUN Pualu Pinang.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata, beliau merasa sedih kerana luahan dan persoalannya mengenai pembagunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

"Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tak jawab, saya buang masa sejam...Seberang Jaya tak jawab, Batu Lanchang tak jawab.

"Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung...yang mendengar suara saya Padang Kota saja," luahnya sambil menangis.

Menurut beliau lagi, apa yang menyedihkannya, apa yang perlu dijawab dengan orang kampung setiap kali beliau pulang ke kawasannya untuk bertemu rakyat.

"Apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab," katanya.

Rintihan beliau mendapat simpati daripada wakil rakyat Barisan Nasional, Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang menyatakan ia adalah realiti yang kini dilalui oleh rakyat di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang.

Namun tindakan Dr Norlela itu menyebabkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Kassim bangun mencelah dengan tegas bahawa tuduhan berkenaan adalah tidak berasas dan tidak adil kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng ada menyebut terdapat peruntukan disalur kepada Permatang Pauh yang terletaknya DUN Penanti.

Mendengar jawapan Abdul Malik, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Abdul Malik yang juga Adun Batu Maung itu bertenang.

Mohd Rashid berkata masalah yang dibangkitkan Dr Norlela perlu dibincang secara mendalam. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "