Singapore Airlines Sahkan Ancaman Bom Melibatkan Pesawat SQ001
SINGAPORE, 22 Nov — Singapore Airlines(SIA) mengesahkan terdapat satu ancaman bom yang melibatkan pesawat SQ001 dari San Francisco yang tiba di Lapangan Terbang Changi tengahhari tadi.
Dalam satu kenyataan media, SIA berkata perkara tersebut telah pun dirujuk kepada pihak berkuasa. "Kami kesal kami tidak dapat memberikan butiran lanjut, kerana ia melibatkan keselamatan", katanya.
Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat pada tengahhari tadi, namun penumpang hanya dibenarkan turun pada 1.30pm dan terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk mengambil bagasi mereka.
Namun, portal berita TODAY melaporkan kesemua penumpang berada dalam keadaan tenang. - Siakapkeli.my