Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Beri Keterangan, Tun M Yakin Dirinya Akan Didakwa Selepas Ini

14 Nov 2015



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya dirinya akan didakwa oleh pihak polis selepas memberikan keterangan pada 6 November lalu.

Menulis di blognya, Tun M bagaimanapun tidak pasti bagaimana tindakan dan kenyataannya dianggap sebagai melanggar undang-undang namun beliau yakin kenyataanya akan dianggap sebagai jenayah.

"Saya pergi ke perhimpunan yang tidak  dibenarkan oleh polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan itu.

"Jika saya melakukan sesuatu yang salah maka 50,000 orang pada perhimpunan itu juga melakukan sesuatu yang salah," kata Dr Mahathir di blognya, Jumaat.

"Pada pandangan saya dan saya mungkin salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau bercakap semua perkara yang telah saya buat. Jika saya berhenti, Najib akan bebas daripada pendedahan perkara salah yang telah atau akan dilakukan. Orang ramai mungkin lupa.

"Saya akan terus meminta Najib meletakkan jawatan, tak percayakan penjelasan beliau tentang bagaimana beliau mendapat RM2.6 bilion, mengkritik pinjaman yang diambil oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung olehnya," katanya.

Ujarnya, dirinya seolah menjadi mangsa ketidakadilan undnag-undang negara kerana jika benar, ia harus dilakukan juga terhadap kesemua peserta himpunan.

Tun M pada 6 November lalu dipanggil polis untuk disiasat berikutan kenyataannya yang mengesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur ketika hadir di Himpunan Bersih 4.0 Ogos lalu.

"Mahkamah boleh memutuskan saya telah melakukan jenayah untuk apa yang saya buat atau kata.

"Tetapi selagi saya tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, saya akan terus percaya dan mengatakan bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang salah atau tidak demokratik," tulis Tun M lagi.

Beliau dalam pada itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah jenayah. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "