"Saya Rindu Anwar Ibrahim..." - Naib Presiden PKR
SHAH ALAM, 29 Nov - "Saya rindu Anwar Ibrahim, Di sepanjang tiga hari kongres berlangsung, dia tidak bersama-sama dengan kita", itu luahan hati yang di nyatakan oleh Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar ketika sesi penggulungan yang berlangsung pada hari terakhir Kongres Rakyat di Ideal Convention Centre hari ini.
Kata beliau, reformasi tetap akan diperjuangkan partik walaupun Anwar tidak bersama dengan mereka.
Xavier turut melahirkan rasa syukur kerana dia diberi kesempatan untuk mengenali Anwar.
"Bukan sahaja Anwar, saya juga bersyukur kepada tuhan kerana dikenalkan dengan seorang wanita yang merupakan isteri Anwar (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).
"Beliau seorang wanita kuat dan tabah yang membimbing kita semua semasa ketiadaan Anwar," katanya memetik laporan Sinar Online.
Xavier turut berharap agar negeri Selangor dan Pulau Pinang akan menjadi contoh sebagai negara yang berada di bawah pembangkang.
"Kita kena buktikan bahawa kita boleh buat (perintah negeri). Kita perlu bekerjasama untuk memastikan kita memperoleh keputusan yang baik pada pilihan raya umum nanti," katanya. - Siakapkeli.my