Dikala harga rumah menjadi semakin mahal, rumah-rumah kecil menjadi pilihan sesetengah rakyat Malaysia untuk dijadikan tempat berteduh.
Walaupun terikat dengan saiznya yang kecil, tidak semestinya rumah tersebut akan terus menjadi kecil sekiranya ia disusun & dimekap dengan baik.
Disini kami kongsikan beberapa trik untuk menjadikan rumah/bilik anda nampak lebih luas dan sejuk mata memandang.
1 - Cahaya!Cahaya!Cahaya!
Perkara yang paling penting bagi menampakkan satu-satu ruang itu lebih luas adalah dengan memastikan cahaya masuk ke dalam ruang tersebut.
2 - Gunakan cat berwarna terang pada lantai dan dinding
Secara psikologinya, warna terang boleh membuatkan fikiran kita menjadi lapang dan 'luas'. Penggunaan warna gelap akan menjadikan rumah/bilik anda menjadi kecil kerana warna-warna gelap sifatnya menyerap cahaya.
3 - Jarakkan perabut dari dinding supaya kawasan kelihatan lebih 'spacius'
Merapatkan perabut ke arah dinding akan membuatkan keseluruhan ruang seolah-olah sesak. Dengan menjarakkan perabut beberapa inci dari dinding, bilik/rumah anda akan kelihatan lebih terbuka dan besar.
4 - Gantung rak berhampiran siling
Dengan cara ini, mata anda atau tetamu secara automatik akan tertumpu ke bahagian atas sekaligus membuatkan ruang tersebut kelihatan lebih besar.
5 - Gunakan satu perabut yang boleh memenuhkan ruang
Di dalam bilik yang kecil, gunakan satu perabut yang besar; sebagai contoh, satu sofa yang besar; supaya bilik tersebut tidak kelihatan seperti padat seperti sardin dalam tin.
6 - Gunakan karpet berbelang
Sama seperti konsep baju berbelang, penggunaan karpet / tikar berbelang akan membuatkan ruang di dalam bilik akan menjadi lebih panjang dari biasa.
7 - Letakkan dinding/tirai lut sinar di bilik air
Teknik ini biasa kita lihat di hotel-hotel atau rumah-rumah studio yang moden. Penggunaan dinding/tirai lutsinar akan membuat ruang kelihatan lebih besar walaupun sebenarnya terdapat 'partition' di dalam bilik air.
8 - Jangan tutup tingkap dengan langsir supaya dinding kelihatan lebih luas
9 - Gunakan cermin untuk membuat 'ruang ilusi'
Penggunaan cermin boleh menambahkan ruang 'ekstra' di dalam bilik/rumah anda. Kebiasannya, cermin akan diletakkan di dinding berhampiran meja makan supaya ruang 'ekstra' itu kelihatan seolah-olah wujud.
10 - Gunakan perabut berkaki
Sekiranya anda mempunyai pilihan untuk memilih antara perabut berkaki/tidak berkaki, pilihlah perabut berkaki kerana ia membuatkan ruang yang sempit kelihatan lebih luas.
11 - Cat/tampal walpaper di siling supaya nampak lebih tinggi
12 - Manfaatkan perabut yang mempunyai ruang simpanan 'tersorok'
Maksimunkan penggunaan perabut yang mempunyai ruang simpanan tersorok. Barang-barang yang kecil boleh disimpan di dalam ruang itu supaya bilik anda kelihatan lebih kemas dan tersusun, sekaligus membuatkan bilik anda menjadi lebih besar. - Siakapkeli.my