Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Sekolah Tidak Boleh Dipaksa Untuk Solat Subuh Berjemaah Di Sekolah - KPM

23 Nov 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Susulan cadangan supaya pelajar di Putrajaya perlu mendirikan solat subuh sebelum hadir ke sekolah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensyaratkan supaya cadangan itu perlu mendapat persetujuan ibu bapa terlebih dahulu.

Timbalan Menteri Pendidikan II Chong Sin Woon berkata selain daripada persetujuan ibu bapa, murid sendiri tidak boleh dipaksa mengikuti program berkenaan.

“Sebab program tersebut bukan dalam waktu persekolahan, maka persetujuan ibu bapa itu penting dan tidak patut ada sebarang paksaan.

“[Ia juga mesti] tidak mengganggu waktu persekolahan dan tidak menggunakan premis sekolah,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada ProjekMMO.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum berkata, Putrajaya akan melaksanakan program solat subuh berjemaah dan kuliah untuk pelajar di masjid dan surau dalam parlimen tersebut sebelum memulakan sesi persekolahan.

Ia adalah sebagai program perintis yang melibatkan 14 buah sekolah dan akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi menggalakkan pelajar bersolat subuh bersama-sama sebelum memulakan aktiviti harian.

“Turut diadakan ialah sesi kuliah dan sarapan pagi disediakan kepada semua murid dan pelajar terlibat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Berita ini bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk program tersebut dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Menurut Chong, walaupun saranan Tengku Adnan itu mempunyai objektif yang murni, namun prinsip yang ditetapkan KPM perlu dipatuhi.

Di dalam cadangan berkenaan, tengku Adnan dikatakan mahu menyediakan sarapan pagi untuk program itu, Chong berkata ia dapat dimantapkan jika turut diberikan kepada pelajar bukan Islam.

“Jika ada sarapan disediakan kepada pelajar pelajar Muslim, alangkah baiknya jika yang bukan Muslim turut diberikan supaya tidak wujud perbezaan layanan dalam usaha kita memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menjadi pilihan utama dari semula lapisan masyarakat,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "