Nanjing (China): Sebuah syarikat pemaju yang membina menara tertinggi di bandar ini pada tahun 2010 lalu didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana mencuri cahaya matahari penduduk.
Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu telah diarahkan oleh mahkamah membayar pampasan sebanyak 100,000 yuan (RM66,092) kepada penduduk sekitar bagunan berkenaan kerana menghalang cahaya matahari ke rumah penduduk.
Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada penduduk.
Keputusan mahkamah berkenaan adalah selari dengan undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.
Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada 2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari. - Siakapkeli.my