Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Terkejut RM342,044 Tiba-Tiba Ada Dalam Akaun Bank

27 Nov 2015
No Comment

RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang lelaki terkejut apabila mendapati sejumlah wang bernilai SR 303,000 (RM 342,044) dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan menggunakan wang tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian menelefon pihak bank keesokan harinya bagi mengenalpasti individu yang memasukkan wang berkenaan kedalam akaun banknya.

Pihak bank kemudian memaklumkan tiada sebarang kesilapan pada transaksi tersebut.

Masih tidak berpuas hati, lelaki tersebut kemudian berjumpa dengan pengurus bank tersebut bagi membuat semakan kali kedua.

"Setelah diteliti, pihak bank kemudian mendapati kakitangan bank tersebut telah melakukan kesilapan dengan mendepositkan wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun lain ke dalam akaun lelaki tersebut", lapor Emirates24/7 - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "