(Gambar) Sebuah Restoran Rosak Dihempap Runtuhan Tanah Runtuh Di Jalan Raja Chulan
Sebuah lagi kejadian tanah runtuh berlaku, kali ini kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan kediaman di jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Kejadian berkenaan menyebabkan Restoran La Vie En Rose rosak kira-kira 50 peratus selepas dihempap dinding konkrit penahan runtuhan dari kawasan kediaman di atasnya.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, bahagian ruang makan dan dapur restoran terbabit musnah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira ham 10.53 pagi tadi dan meggerakkan kira-kira 50 anggota dari balai Hang Tuah dengan dibantu pegawai termasuk dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan berlaku kebocoran gas petroleum cecair (LPG) selepas dihempap dinding konkrit terbabit.
"Bomba masih lagi berusaha untuk memasuki bahagian runtuhan bagi memeriksa kebocoran itu dan setakat ini tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati polis sudah menutup laluan di Jalan Raja Chulan berikutan kejadian tanah runtuh terbabit. - Siakapkeli.my