Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bintang Ragbi, Jonah Lomu Meninggal Dunia

18 Nov 2015

18 Nov - Bintang ragbi New Zealand All Blacks, Jonah Lomu dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di Auckland hari ini.

Mendiang mati pada umur 40 tahun.

Kematian Lomu disahkan oleh seorang bekas doktor pasukan terbabit, John Mayhew yang memetik sumber keluarga mendiang.

Sebelum ini Lomu dilaporkan mengalami masalah buah pinggang dan Sindrom Nephrotic selepas persaraannya pada 2002.

Bintang ragbi itu pernah beraksi untuk 63 perlawanan antarabangsa mewakili New Zealand sejak 1994.

Sepanjang kariernya dia berjaya membuat 37 tries sejak bersama pasukan kebangsaan itu. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "