Warga Emas Tunggang Motosikal Honda Cup C70 Sesat 120 Kilometer
Hutan Melintang: Seorang lelaki warga emas, Md Yassin Abdul Manan, 81, yang tinggal di Parit 7, Sungai Sumun dekat sini dilaporkan telah tersesat sejauh 120 kilometer dari rumahnya dengan hanya menunggang motosikal Honca Cup C70 apabila beliau telah dijumpai di Puncak Alam.
Memetik laporan Harian Metro, beliau yang mempunyai sembilan anak dan 25 cucu, telah keluar dari rumahnya pada jam 9 pagi untuk minum di kedai kopi di pekan Sungai Sumun yang terletak satu kilometer dari rumahnya.
Md Yassin pada kebiasaannya akan pulang ke rumah menjelang tengah hari, namun pada hari berkenaan dia didapati tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah petang.
Menyedari keadaan itu, menyebabkan isterinya, Rajmah Salimin, 59, mulai risau dan berusaha mencarinya dengan bantuan penduduk kampung termasuk di rumah saudara mara mereka namun masih gagal menemuinya.
Bagaimanapun, akhirnya Md Yassin berita yang tidak sangka-sangka apabila pihak polis menghubungi keluarganya memaklumkan dia telah ditemui di Puncak Alam dan menerima rawatan di sebuah klinik.
Md Yassin ditemui terbaring di sebuah surau di Puncak Alam oleh seorang jururawat selepas sembilan jam tersesat. - Siakapkeli.my