Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas Nyanyuk Koyak Wang Kertas RM 32,151

31 Okt 2015
No Comment

China - Seorang warga emas yang mempunyai penyakit nyanyuk bertindak mengoyak wang simpanannya yang berjumlah 47,600 Yuan (RM 32,151).

Perbuatan warga emas yang dikenali sebagai Luo itu disedari oleh anaknya yang cuba mengeluarkan duit simpanan ayahnya namun terkejut selepas mendapati kesemua duit telah hilang.

Selepas diselidik, catatan transaksi menunjukkan wang itu dikeluarkan sendiri oleh bapanya.

Anaknya bersama keluarga kemudian mencari dimana duit itu dan menjumpai kesemua wang terbabit disimpan di dalam sebuah beg pakaian besar. Namun kesemua wang itu dijumpai dalam keadaan yang sudah terkoyak.

Anaknya kemudian meminta bantuan dari pegawai bank untuk mencantumkan semula wang-wang tersebut.

Pengurus bank, Wang Jun, mengerahkan 9 kakitangan untuk membantu mencantum kesemua wang tersebut.

"Hanya lima keping 100 Yuan berjaya disambung semula setakat ini dan akan mengambil beberapa minggu untuk menyambung semua wang-wang berkenaan," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "