Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dakwa Butakan Mata Dengan Pembersih Longkang Kerana Mahu Jadi Cacat

3 Okt 2015
No Comment


Seorang wanita, Jewel Shuping dari Utara Carolina mendakwa sengaja membutakan matanya dengan pembersih longkang untuk menjadi cacat.

Wanita 30 tahun itu berkata dia sebelum ini selalu bercita-cita untuk menjadi buta. Dia menghabiskan tahun-tahunnya sebelum ini berpura-pura buta dengan memakai kaca mata hitam dan menggunakan tongkat.

Ketika kecil, dia selalu memandang matahari, dengan harapan tindakannya itu akan merosakkan matanya dan pada umur 20, dia belajar braille; teknik untuk orang buta membaca.

Shuping kemudiannya bertemu dengan seorang pakar psikologi yang bersetuju untuk mengabulkan cita-citanya. Melalui satu temuramah dengan Barcroft TV, Shuping mendakwa pakar psikologi itu membantu membutakan matanya menggunakan pencuci longkang sehingga menyebabkan kerosakan kekal pada matanya.

Proses itu mengambil masa enam bulan sehingga dia betul-betul kehilangan penglihatan.

Shuping menghidap satu penyakit iaitu 'body integrity disorder', satu kondisi dimana seorang individu normal percaya dia sepatutnya cacat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "