Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wajah Tiga Suspek Kes Culik Budak Di Sungai Chua, Didakwa Hari Ini

16 Okt 2015
No Comment


KAJANG: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan susulan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima di Sungai Chua minggu lepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Memetik laporan mStar Online, tiada sebarang pengakuan direkodkan hari ini daripada ketiaga-tiga tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

Tertuduh, Mohd Saifulamry Jarkasi, 28; Siow Kek Keong, 44 dan warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32 yang diiringi polis tiba di luar kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka telah didakwa dengan niat bersama menahan dan mengurung kanak-kanak berkenaan.

Kesalahan didakwa dilakukan untuk mendapatkan wang tebusan RM300,000.

Ia didakwa dilakukan di tepi Jalan Seroja, Taman Setia, Sungai Chua Kajang, Selangor kira-kira 9.26 pagi, 9 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3(1), Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Jika tidak dikenakan hukuman berkenaan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebat.

Begaimanapun majistret telah menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes itu.

Dalam penahanan sebelum ini, pihak polis telah membebaskan pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi, yang menghantar pulang kanak-kanak tersebut selepas menjumpainya selepas berpuas hati dengan siasatan.

Pada Khamis, polis dengan rasminya mengesahkan Hanizan tidak terlibat dalam kes penculikan itu dan mereka tidak menjumpai sebarang kaitan antara Hanizan dan tiga suspek yang lain.

Kanak-kanak lelaki itu dibebaskan dan dihantar pulang kepada keluarga mangsa selepas lapan jam hilang dan rakaman CCTV susulan penculikan itu menjadi viral di media sosial. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "