Ukrain, 26 Okt : "Chewbacca" di tahan oleh polis kerana mendirikan patung Darth Vader semasa hari mengundi di Ukrain yang berlangsung hari ini.
Difahamkan, Chewbacca tersebut mendirikan patung itu di sebuah pusat mengundi.
Lelaki di dalam kostum tersebut ditahan kerana melanggar undang-undang Ukrain dimana sebarang kempen tidak boleh dijalankan pada hari mengundi.
Sehubungan dengan penangkapan Chewbacca, pemimpin Internet Party, Lord Vader merasa tidak berpuas hati. Namun apa yang lebih menyedihkan, Lord Vader sendiri tidak dibenarkan mengundi berikutan namanya tidak disenarai di dalam individu yang layak mengundi walaupun dia mempunyai pasport Ukrain di atas nama Darth Alekseyevich Vader.