Berikutan dakwaan wujudnya pusat pelacuran di Mekah dan Madinah yang didakwa seorang jurugamabr terkenal yang menjadi kontroversi baru-baru ini, Penasihat Aktivis Belia Tanahair (Abata), Dr Fathul Bari Mat telah tampil mengulas mengenai perkara tersebut.
Menurut Fathul Bari, berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menetap di Madinah Al Munawwarah selama empat tahun, dia tidak eprnah sama sekali terdengar perbincangan apatah lagi yang mempersoalkan kewujudan pusat maksiat berkenaan.
Untuk dakwaan itu, jurugamabr berkenaan haruslah menunjukkan bukti yang sahih dan jelas untuk membuat dakwaan sedemikian.
"Wallahu a'lam , mungkin saya tidak tercari-cari hal tersebut (pusat pelacuran) tetapi saya hairan bagaimana orang yang Wallahu a'lam berapa kali dia datang ke Mekah tetapi tiba-tiba menyatakan wujudnya pusat pelacuran, saya tidak pasti.
"Cuma saya minta, bagi yang mendakwa, berikan bukti. Bukti bagi mereka yang mendakwa. Sila berikan bukti, itu prinsip asas, jelas dalam agama. Kedua buat laporan kerana di sana ada Bahagian Jabatan Amar ma'ruf dan nahi munkar," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman webnya, drfathulbari.com.
Beliau juga menegaskan, jika ianya benar berlaku maka kita di Malaysia bolehlah membuat aduan di kedutaan Arab Saudi di Malaysia dengan memberi contoh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pernah bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk membuat tangkapan gerakan Al-Arqam di Mekah satu ektika dahulu.
"Demikian juga kalau dapat maklumat mengenai pelacuran saya yakin 100 peratus, sekiranya dapat diberikan dengan bukti, fakta dan sumber yang tepat, Insha'Allah kerajaan Arab Saudi tidak akan tunggu untuk mengambil tindakan ke atas pusat maksiat seperti ini. Itu yang saya minta."
"Jika benar, dakwa. Jika benar laporkan supaya ia boleh diambil tindakan. Wallahu a'lam," jelasnya sebagai mengakhiri pandangannya mengenainya. - Siakapkeli.my