Taktik baru ini ialah dengan membakar hadapan rumah mangsa dan merakam kejadian berkenaan sebelum dihantar rakamana berkenaan kepada mangsa melalu aplikasi Whatapp.
Video-video ini dikongsi oleh sebuah page Facebook yang menentang keras aktiviti lintah darat berkenaan di mana ia menunjukkan Ah Long mencucuh api di pintu rumah mangsa sehingga hangus.
Selain itu kawasan rumah mangsa akan dilempar cat termasuk kereta sebagai tanda ugutan jika mereka tidak membayar wang.
Berikut adalah dua kes yang terjadi.
Kes 1
Kes 2,
Memang agak keterlaluan dan menakutkan dengan tindakan ganas lintah darat ini di mana memberi tekanan yang sudah pasti mangsa akan takut.
Jadi kepada semua sahabat diluar sana, pesanan SK, bagaimanapun elakkan meminjam daripada Ah Long dengan pelbagai laporan yang telah dilaporkan sebelum ini. - Siakapkeli.my