Tumpang - Tawar Caj RM5 Untuk Perjalanan Jarak Dekat
KUALA LUMPUR: Aplikasi 'Tumpang' kini semakin mesra di kalangan penumpang perjalanan jarak dengan menggunakan teksi di sekitar Lembah Klang.
Menurut pengasas bersama Tumpang, Dhillon Kannabhiran, penumpang hanya perlu membayar RM5 untuk perjalanan sejauh tiga kilometer.
"Perkhidmatan ini bukan untuk menggantikan bas henti-henti atau teksi sedia ada.
"Ia perkhidmatan baharu yang duduk diantara kedua-dua perkhidmatan pengangkuatan awam sedia ada kerana lebih murah daripada teksi dan selesa berbanding bas," katanya memetik mStar hari ini.
Tumpang diwujudkan untuk menangani masalah yang dihadapi penumpang yang mahu ke sesuatu tempat dalam jarak dekat contohnya dari rumah ke stesen pengangkutan awam.
Tumpang dibahagikan kepada zon di mana penumpang boleh memilih untuk diambil dan diturunkan di lokasi tertentu pada harga RM5.
Bagi yang menempah untuk perkhidmatan berganda juga berpeluang mendapat potongan harga di mana perjalanan dengan dua penumpang pada kos Rm8, manakala berkumpulan seramai empat penumpang dengan hanya RM15.
Penumpang bagaimanapun perlu mendaftar dan membeli kredit pra bayar terlebih dahulu kerana tiada urusan tunai di antara pemandu dan penumpang.
Ia kini mula beroperasi di Cyberjaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar, dengan jumlah 35 orang pemandu. -Siakapkeli.my