Tambang LRT Akan Disemak Semula, Harga Baru Akan Diumum Sebelum 31 Oktober
KUALA LUMPUR: Harga hagra bagi kadar tambang untuk perkhidmatan LRT dijangkan akan disemak semula dan diumumkan sebelum 31 Oktober ini.
Memetik laporan Astro Awani, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, semakan tambang berkenaan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan terlebih dahulu.
"Kami akan menyelaraskan tambang dan akan maklum kepada Prasarana tentang susunan tambang baru.
"Pihak SPAD telah menulis kepada Perdana Menteri dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk diluluskan," katanya selepas melakukan tinjauan projek penyambungan LRT Ampang fasa 1 di stesen LRT Awan Besar di ibu negara.
Kali terakhir semakan kadar tambang LRT dilakukan adalah pada tahun 2002. - Siakapkeli.my